'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Saturday, October 1, 2011

Maruah Seorang Perempuan!




   Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Tanamkan diri anda dengan sifat-sifat terpuji dan Mahmudah yang Indah 


Assalamualaikum dear readers!
peringatan awal sebelum awak-awak semua baca dengan lebih lanjut ye.entry saya kali ini bukan hendak mengaib kan seorang hamba Allah tapi hendak memberi kesedaran dan buat seluruh umat islam agar sentiasa menjaga maruah mereka. Kadang-kadang kita tak boleh nak nilai seseorang tu daripada rupa je. Saya sendiri terkejut bila saya nampak dengan mata saya sendiri orang yang saya percaya buat benda yang dilarang keras dalam islam. niat saya kat sini bukan nak jatuhkan maruah awak ataupun bukak aib awak just nak bagi peringatan buat gadis-gadis lain dan menjalankan tanggungjawab sebangai seorang kawan.Nak tegur direct2 takut awak terasa pulak dengan saya. Jadi saya guna cara macam ni je la eh.Semoga apa yang saya tulis ni dapat bagi kesedaran terhadap awak. tak salah berubah ke arah kebaikan :))


perempuan, dirimu begitu berharga! 

cuba kita renungkan, sebuah pengibaratan.dimana ada dua gelang, satu diletak diatas di atas meja,dipamerkan dikhalayak ramai boleh dibelek-belek,dipegang-pegang oleh para pengunjung.satu lagi gelang yang dititip dengan berlian yang berkilau dan dibalut dengan kertas khas,diletakkan di dalam sebuah kotak yang istimewa dan kotak tersebut diletak dalam cermin untuk tayangan ramai.yang mana satukah korang akan pilih.yang dah dilihat, dipegang-pegang, diraba-raba oleh ramai orang ataupun yang tersedia khas dalam sebuah kotak khas dan tidak pernah disentuh oleh sesiapa pun.begitulah pengibaratan seorang insan yang telah dimuliakan di sisi islam.dialah sang HAWA.korang pernah tengok cerita syurga cinta tak? saya tertarik sangat dengan ayat kat bawah ni. boleh jadi pengajaran untuk kita semua.

jadilah seorang wanita seperti di dalam bekas kaca, yang hanya boleh dilihat, hanya yang mampu saja boleh memilikinya.


Perempuan! disebabkan perempuan lelaki boleh menongkat dunia dengan kejayaan yang agung, kerana perempuan juga lelaki boleh jatuh tersungkur mencium bumi.dan kerana perempuan jugalah lelaki boleh terpesona dengan keindahan duniawi.Oleh itu, sewajar nya kita menjadi seoarang muslimah yang mulia di sisi Islam kerana perempuan diangkat tinggi darjat nya di dalam Islam. kenapa mesti kita jatuhkan maruah kita kerana lelaki?menjadikan kita sebangai seoarang wanita yang tiada nilainya dan hanya layak duduk melutut di hadapan lelaki. sedangkan kita boleh berdiri tegak di sebelah lelaki dan sama-sama membimbing Adam ke arah yang benar.


Perempuam ketika zaman jahiliyyah dahulu kala sangat dibenci.entah kenapa salah mereka sehingga mereka dibenci.Dan ketika turunnya islam,yang telah menaikkan darjat seorang  perempuan dan memuliakan mereka.dan sejak itu perempuan telah dilayan dengan baik.mereka boleh menerima pendidikan sama seperti kaum lelaki,mereka boleh berkerja sama seperti kaum lelaki.dan memang benar sang HAWA itu mulia di sisi islam.syurga juga terletak di bawah kaki sang Hawa.para ibu juga lebih diutamakan dari para ayah seperti lagu "my mother".pernah dengar tak lagu tu? mestilah penah kan kalau tak pergi search dekat youtube.begitu istimewanya seorang perempuan.

tetapi realiti zaman sekarang dah berlainan.Perempuan dengan rela hatinya,tanpa segan silu,dengan hati terbuka,dengan rasa gembira dan suka suki mencampakkan diri mereka ke dalam jurang kemaksiatan.walaupun mereka telah dimuliakan oleh islam itu sendiri,mereka lebih sanggup menjadi hamba kepada lelaki.mereka lebih sanggup jadi sebab utama runtuhnya iman seorng pemuda.tidakkah itu telah menjatuhkan darjatnya ataupun maruahnya.
Ahh.! bukanya salah aku lelaki tu yang paksa, lagipun dia kata dia sayang aku la!
okayy. mungkin jugak korang boleh kata semua ni berpunca dari lelaki. lelaki yang mintak, lelaki yang desak dan paksa. tapi kenapa kau tak boleh halang. dia bukannya suami kau pun sampai kau tak boleh nak bantah apa yang dia nak lebih-lebih lagi benda yang sudah jelas dinyatakan yang ianya haram.okayy. korang baca apa yang sheikh ali tantawi tu tulis dulu.
 
 
seperti yang digariskan oleh Islam. kali ini saya terbaca tentang nasihat daripada sheikh ali tantawi.sebelum ini saya tak pernah kenal pun siapa  beliau.tapi lepas membuat sedikit pencarian melalui internet, alhamdulillah saya dapat mengetahui serba sedikit tentang beliau.berikut adalah sebahagian daripada nasihat beliau yang amat menarik minat saya.



“Kepada Puteriku,
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatan mu Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

wahai puteriku.. 

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab“. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Wahai puteriku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”
Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan perempuan yang rosak akhlaknya.


lepas je aku dok baca apa yang sheikh ali tantawi tu tulis terasa macam ada satu perasaan kat situ. mungkin kita boleh amik sebgai satu nasihat. kat sini tak bermakna yang korang tak boleh berkawan dengan lelaki tapi perlu amik langkah berhati-hati. jangan jadi lemah dengan setiap ayat-ayat romantik dia.

Kelemahan terhebat seorang lelaki ialah mata dan Kelemahan terhebat seorang perempuan ialah telinga .

semua orang ada hak untuk buat keputusan untuk hidup dia sendiri.Kadang-kadang bila mak ayah kita kawal kita dengan ketat kita marah. kita kata diaorang tak open minded tapi pernah tak korang semua fikir kalau dia biarkan kau bebas berkeliaran tanpa arah tujuan korang akan tergolong dalam orang-orang seperti yang aku tuliskan.mak aku selalu pesan kat aku. kita perempuan kena pandai jaga diri sendiri, jangan biarkan maruah kita di pijak-pijak olah seorang Adam. kena pandai pilih kawan lelaki, jangan suka-suka bagi maruah kita kat dia walaupun dia tu buayafriend kau yang kau cinta sangat-sangat, yang korang dah janji nak setia gila-gila.apa jaminannya yang dia akan setia dengan kau.dia tahu ke apa yang telah disuratkan oleh Allah? sudah tentu tidak. jadi aku harap sangat-sangat entry kali ni bermanfaat untuk semua kaum Hawa dan jugak kaun Adam agar lebih menghormati kaum Hawa. korang jadilah se gentleman mana pun perempuan yang baik hanya mengharapkan lelaki yang penuh iman di dada sebagai pasangannya di dunia dan akhirat.


dan tak lupa untuk kawan aku tu. aku sayang kau sangat-sangat. aku tak nak kau rosak. mungkin kau dah buat silap dengan bagi dia apa yang dia nak.bagi dia pegang-pegang kau tapi kau masih belum terlambat untuk berubah.berubah lah sayang. tegaskan pendirian kau. kalau dia betul-betul sayangkan kau dia takkan buat apa yang kau tak suka.

p/s : saya nak mintak maaf sangat-sangat kat semua kalau-kalau ada yang saya tulis buat korang terasa.maafkan semua niat yang tak betul ataupun sangkaan yang salah yang datang dari hati ni. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruknya datang dari hambaNya. Amar ma'ruf Nahi mungkar !

Sweet Honesty,
Sabrina Ahmad,
Trust And Truly

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

4 comments:

  1. jadikan sebagai iktibar dalam hidup. :))

    ReplyDelete
  2. done bace. tengah me'muhasabah' diri secara tibe-tibe.

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri adalah perkara yang terbaikk....

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah :) semoga memberi kebaikan kepada semua readers!

    ReplyDelete

 
Back to Top