'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Monday, December 10, 2012

The Day. Kempen ; Anggun dimataMu, Cinta ALLAH serta RASUL



 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Cintai Dakwah, dakwah akan membawamu kepada Allah, Allah akan mengurniakanmu teman seperjuangan untuk berdakwah. teruslah berusaha untuk Deen ALLAH. :)


Assalamualaikum wbt. :)

Straight to the point. Alhamdulillah pada 9 Dec 2012 telah berlangsung dengan jayanya kempen ; Anggun dimataMu dan Cinta ALLAH serta RASUL.  Seriously cakap tak tipu punya memang best event tu. Macam-macam pengalaman yang kami dapat. bertaaruf, ukhuwah terjalin. mendengar tazkirah, usrah bersama sahabat baru. berdakwah dalam medan yang sebenar. Sungguh merupakan suatu pengalaman yang takkan dilupakan. Siapa yang join memang beruntung sangat dan yang tak dapat join mungkin bukan rezeki korang. insyaAllah lain kali. So, ramai kawan-kawan yang nak sangat tau lebih lanjut tentang event tu jadi saya ceritkan kat sini ye. memanglah ramai yang dah update blog pasal ni tapi lain orang lain cerita dan pengalamannya. so, here is my story. :)

Act. pagi-pagi lepas subuh saya dah siap-siap. cehh, semangat kebangsaan lah kononnya kan. hehe. Then pergi rumah kawan ( kak hanan ) sebab ummi dia yang nak hantar kami. Masa dalam perjalanan tu, kami sesat. LOST. yeah. kelakar pulak orang Melaka tapi boleh terlupa jalan nak ke masjid selat even dah banyak kali pergi. hehe. hampir semua lorong ummi kak hanan masuk demi nak cari masjid selat punya pasal.hihi. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya walaupun agak lambat sikit. time kami sampai tazkirah oleh ustaz jemputan dah pun bermula. tapi sempatlah jugak kami mendengarnya. Alhamdulillah intipati tazkirahnya bagus, sesuai bagi golongan remaja muda mudi. :D

After tazkirah oleh ustaz jemputan, Usrah pun bermula. Kami dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan usrah. Muslimin 2 kumpulan, mulimat 10 kumpulan. kalau tak silap sayalah. hehe. Saya kumpulan nombor 2 yang yang di lead oleh naqibah yang bernama kak Syafiqah. Comel orangnya. kami mulakan dengan taaruf sesama sendiri. ahli group saya semua macam malu2. kadang2 sepi tanpa bicara mungkin sebab masing2 baru kenal. malu masih menebal. tapi Alhamdulillah lama-lama kami boleh juga menyesuaikan diri apabila kami mula sesi soal menyoal. saya juga sempat memberi beberapa nasihat untuk kawan-kawan baru mengenai aurat. :) *cakap laju gila sebab nervous. hihi*


Lipat pamplet.

Usrah tamat. kami solat zuhur bersama dan kemudian makan makanan yang disediakan. Alhamdulillah walaupun makanan yang ringkas namun dek kerana rezeki Allah kami mensyukurinya. makan apa ada. free pulak tu. siapa nak bagi kan. hehe. macam-macam gelagat yag saya lihat, ada sibuk bergambar, ada yang bercerita, ada niqabis yang malu-malu nak membuka niqab sewaktu makan. alahai memang bestlah haritu. semuanya kenangan terindah.

 the dakwah gonna start. :D

Street dakwah pun bermula. siapa yang ada kenderaan sendiri boleh terus pergi ke lokasi dakwah yang telah di tetapkan. kami bergerak dalam kumpulan mengikut kumpulan usrah. yang takda kenderaan kena tunggu turn untuk pergi ke lokasi dakwah. akan ada ukhti-ukhti dan akhi-akhi yang bawa kami ke sana. saya, kak hanan, kak iffa dan beberapa ahli kumpulan kami pergi ke lokasi di hantar oleh bonda. ohh, memang menarik, dalam perjalanan bonda kongsi macam-macam pengalaman . Bangga dengan bonda because bonda is a doctor, and surely a doctor life should be very busy, but bonda tetap curik masa untuk sama-sama jayakan event dakwah macam ni. besar jasa bonda hantar dan ambil kami. Syukran bonda. jasamu di kenang. :D

bonda

well, setibanya di Dataran Pahlawan, kami terus jumpa dengan chinnese boy. dia ada game yang mana kena kutip point dengan menjual souvenir. well, we help each other. kami tolong beli souvenir dia dan dia sudi untuk kami interview dia about islam. he said Islam tak macam agama lain. sangat different, Islam kena pakai kemas-kemas (means pakai menutup aurat) pakaian Islam tak sama macam agama lain. and its good. macam-macam lagi yang kami kongsi bersama. Alhamdulillah kami boleh bekerjasama. moga Allah kurniakan hidayah buat dia. amiin ya Rabb. Perjalanan di teruskan, kami bagi pamplet aurat kepada orang ramai. dan seperti biasa ragam dakwah memang bermacam. dugaan pasti ada, di mana yang pahit itu yang akan mengajar kami erti kehidupan dunia dakwah. :) ada yang menolak pamplet kami secara baik, ada yang menjeling, ada yang sikit pun taknak pandang. 
paling rasa macam *errrr* bila orang pandang kami #TeamNinja macam awkward gila. haha. terkadang saya berfikir, niqabis dipandang begini rupa, kalau yang pakai baju tak cukup kain tu taknak pulak dipandang begitu rupa. Allah.. dunia2.
kami teruskan perjalanan dakwah tanpa hiraukan pandangan manusia. but not all negative. ada jugak yang berhati terang, berfikiran terbuka menerima pamplet kami dan sudi baca sejurus kami bagi pamplet. ada yang siap mintak lagi. Ohh Allah, masa tu gembiranya hati. saya, kak hanan dan kak iffa takkan melepaskan peluang kalau nampak tourist pasti kami akan cuba untuk talk dengan mereka. well, mereka sangat supportive and sporting you now. pamplet kami mereka ambil dengan senyuman. paling kelakar, bila kami yang bukan lidah omputih ni berangan nak cakap omputih. ohh my english jadilah broken english. haha. but, alhamdulillah, they understand us very well. takdalah teruk sangat english kami kan. hewhew. If I not mistaken there was 4 tourist yang kami have a chit chat. memang awesome. diaorang dengar je apa yang kami nak cakap tentang Islam dan sudi memberi pandangan mengenai Islam. :) Alhamdulillah. Praise to Allah.



Streetdakwah
StreetDakwah
cerita panjang-panjang pun tak guna nanti orang bosan. hehe. jadi after street dakwah, kami kembali ke masjid selat. solat asar, kemudian ada sesi ucapan oleh AJK-AJK yang dah banyak berusaha untuk menjayakan event ni. patut cakap syukran jiddan dekat mereka semua. kalau takde mereka tak jadilah event ni. Syukran ukhti2, akhi2, dan semua team yang terlibat. TeamHijrahMelaka, IKRAM, GAMIS, Team MuslimGraphic dan lain-lain. thanks so much sebab berani tonjolkan Islam ke hadapan. kita akan perbaiki dari semasa ke semasa okay.

Sesi Fotografi memang gamat. sendiri taulah macam mana kalau nak grab a picture kan. hehe.but sangat3 lah seronok. untung join, rugi tak join. hehe *saje kasi berapi yg tak de rezeki join tu * :P

Akhir kata, DAKWAH itu sukar, sesukar jalan ke Syurga. namun hasilnya Indah, Manis. tidak terkata dek lidah. mulut tidak bisa mengungkap. kerana indahnya hasil dakwah hanya dapat dirasi dengan manisnya iman. ikhlasnya kita berdakwah kerana Allah. tulusnya hati mengajak ke arah kebenaran, indahnya kata menarik sahabat ke Jannah. insyaAllah ada REWARDnya dari Allah. percayalah pada Allah. tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi tidak terhenti di sini. hari-hari kena berdakwah. mulakan dengan diri kita sendiri. dakwahlah diri kita setiap hari. agar hari yang akan datang, kita sentiasa memperbaiki diri. teruslah berjuang wahai pemuda agama dan mawar agama. diri KITA ada nilainya di mata Allah yang Esa. :')


Special thanks to Kak Izzati, AJK-AJK yang menjayakan event. Kak Hanan sebagai teman mencari redha Allah, Kak Iffa peneman dakwah, Akhi Hafiz bersusah payah untuk pamplet MG. ukhti2 dan akhi2 yang menjayakan event. ukhuwah tidak terhenti di sini. insyaAllah jumpa lagi lain kali, jika tidak dalam urusan dakwah, semoga di jannah kita bertemu. :)  

Sesi Fotografi

 Meet Kak Hanan & Kak Iffa



SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Syukran ALLAH for the day. dengan izinnya segalanya terjadi. ;')






SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

 
Back to Top