'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Monday, December 5, 2011

berdakwah.. Ustaz atau ustazah je ke?



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Dekatkanlah dirimu dengan Allah nescaya di situlah akan terasanya kemanisan hidupmu



Assalamualaikum dear readers!
its better to quietly miss someone than to let them know and get no respons.


sejak akhir-akhir ni mood nak tulis blog da menurun balik..sebab rasa penat sangat! tapi aku selalu and kerap la pergi blogwalking..macam-macam blog yang aku jumpa..tertarik sangat dengan blog pilihan hati..info-info dalam tu semuanya boleh dimanfaat kan untuk semua orang..kalau dah baca satu entry pilihan hati tu mesti sambung-sambung sampai 10 entry pun aku tak sedar.


Ada banyak lagi blog yang aku tertarik nak baca jugak tapi aku paling respect kat blogger lelaki yang isi-isi entry dia semua mengenai keagamaan..kat situ dah menampakkan blogger tu matang..susah nak carik lelaki yang mendalam dalam bab-bab agama ni..bukan bermakna aku nak cakap yang senang nak cari perempuan yang terror bab-bab agama ni (susah jugak nak jumpa perempuan camtu.hehe) tapi kebiasaanya kita memang jarang nak jumpa lelaki yang boleh berblogging tentang islamic walaupun dia bukan seorang ustaz..ada jugak yang aku terbaca blogger mengadu ada readers yang kutuk-kutuk blog diaorang dengan cakap yang bloger-bloger islamic ni "kerek je lebih","nak tunjuk baik sangat lah","kau pikir kau ustaz @ ustazah? "..sebenarnya dalam kita nak menyebarkan kebenaran tu tak perlu menjadi seorang ustaz atau ustazah baru boleh..cukuplah sekadar kita menyebar setakat pengetahuan kita.Apabila kita berkongsi ilmu walaupun sebesar zarah sekalipun dan ada yang mengikut dan mengamal kan insyaAllah akan ada ganjaran untuk kita.




Hati yang Ikhlas dalam menyebarkan kebaikan.

tapi ada jugak aku terjumpa yang mana blogger tu tulis entry dia pasal islamic tetapi di comment nya pulak dia tulis something yang nak orang puji dia contohnya.. "susah nak dapat blogger macam ana ni,yang masih pandai dalam bab agama.ana cuma menyampaikan pengetahuan yang ana tahu." dia seolah-olah nak menunjukkan yang orang macam dia tu tinggal lagi berapa kerat je kat muka bumi ni.sebenrnya ingatlah tak kira mcam mana pandai nya kita dalam sesuatu bab tu masih ada orang yang lebih hebat daripada kita..kita kena ikhlas dalam menyebarkan sesuatu kebaikan.jangan mengharapkan pujian kerana apabila hati kita ikhlas dalam menyebarkan sesuatu itu insyaAllah kita tidak perlukan pujian dari insan kerana Allah sendiri akan membalasnya.Mana yang kita nak? pujian dunia atau ganjaran Allah di ukhrawi kelak.

kita masuk balik topik yang mana ada readers tulis "kau fikir kau ustaz @ustazah ?" sebenarnya tak perlu timbul pun isu macam ni. seorang wanita yang bertudung labuh menutup auratnya,berpakaian sopan dan solehah dalam bab agama itu tidak beerti dia seorang ustazah.Seorang pemuda berkopiah, berserban,berjanggut dan berjubah dan soleh dalam bab agama itu juga tidak bermakna dia seorang ustaz.Jadi tidak bolehkah bagi mereka untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang mereka ada? mehh sini baca bende famous ni..dah selalu jumpa kan ayat ni.


sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bermakna akulah yang terbaik di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. -imam hasan al basri-

tengok tu seorang imam pun berkata begitu inikan pulak kita.Siapa kita ni nak mengutuk, mengkritik hamba-hamba Allah yang sering menulis ke arah kebaikan tu.Sudah cukupkah iman kita sehingga tidak memerlukan bimbingan sesiapa lagi.Cuba fikir betul-betul sekurang-kurangnya mereka cuba untuk ke arah yang terbaik itu sedangkan kita masih lagi terhegeh-hegeh mencari alasan untuk mengutuk mereka.Aku tulis ni pun bukanlah nak menunjuk yang aku tak pernah mengutuk seseorang tetapi just nak bagi tahu kat mana-mana readers pun tak kesah lah sama ada blog yang korang baca tu tentang apa pun kalau ianya menarik perhatian korang like saja,beri coment yang menbina agar dia lebih bersemangat dalam karya seterusnya kalau tak suka tekan je button pangkah tak payah nak kutuk-kutuk dekat tempat dia.dah la kau melawat tempat dia kau buat kecoh pulak kat situ tak malu ke? ibarat macam kau masuk rumah orang lepas tu kau maki-maki tuan rumah then kau bla.


this is the book that can make you cry while reading it.


At the end macam biasa nak mintak ampun dekat semua makhluk yang ada kat muka bumi Allah ni.Again and again nak bagitahu nobody perfect,saya juga..kalau setakat buat dosa tu perkara biasa untuk semua manusia yang tak lepas dari melakukan dosa-dosa. yang baik datangnya dari Allah dan buruknya dari saya. =)




  Sweet Honesty   
Sabrina Ahmad
trust and truly..

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

 
Back to Top