'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Monday, December 5, 2011

berdakwah.. Ustaz atau ustazah je ke?



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Dekatkanlah dirimu dengan Allah nescaya di situlah akan terasanya kemanisan hidupmu



Assalamualaikum dear readers!
its better to quietly miss someone than to let them know and get no respons.


sejak akhir-akhir ni mood nak tulis blog da menurun balik..sebab rasa penat sangat! tapi aku selalu and kerap la pergi blogwalking..macam-macam blog yang aku jumpa..tertarik sangat dengan blog pilihan hati..info-info dalam tu semuanya boleh dimanfaat kan untuk semua orang..kalau dah baca satu entry pilihan hati tu mesti sambung-sambung sampai 10 entry pun aku tak sedar.


Ada banyak lagi blog yang aku tertarik nak baca jugak tapi aku paling respect kat blogger lelaki yang isi-isi entry dia semua mengenai keagamaan..kat situ dah menampakkan blogger tu matang..susah nak carik lelaki yang mendalam dalam bab-bab agama ni..bukan bermakna aku nak cakap yang senang nak cari perempuan yang terror bab-bab agama ni (susah jugak nak jumpa perempuan camtu.hehe) tapi kebiasaanya kita memang jarang nak jumpa lelaki yang boleh berblogging tentang islamic walaupun dia bukan seorang ustaz..ada jugak yang aku terbaca blogger mengadu ada readers yang kutuk-kutuk blog diaorang dengan cakap yang bloger-bloger islamic ni "kerek je lebih","nak tunjuk baik sangat lah","kau pikir kau ustaz @ ustazah? "..sebenarnya dalam kita nak menyebarkan kebenaran tu tak perlu menjadi seorang ustaz atau ustazah baru boleh..cukuplah sekadar kita menyebar setakat pengetahuan kita.Apabila kita berkongsi ilmu walaupun sebesar zarah sekalipun dan ada yang mengikut dan mengamal kan insyaAllah akan ada ganjaran untuk kita.




Hati yang Ikhlas dalam menyebarkan kebaikan.

tapi ada jugak aku terjumpa yang mana blogger tu tulis entry dia pasal islamic tetapi di comment nya pulak dia tulis something yang nak orang puji dia contohnya.. "susah nak dapat blogger macam ana ni,yang masih pandai dalam bab agama.ana cuma menyampaikan pengetahuan yang ana tahu." dia seolah-olah nak menunjukkan yang orang macam dia tu tinggal lagi berapa kerat je kat muka bumi ni.sebenrnya ingatlah tak kira mcam mana pandai nya kita dalam sesuatu bab tu masih ada orang yang lebih hebat daripada kita..kita kena ikhlas dalam menyebarkan sesuatu kebaikan.jangan mengharapkan pujian kerana apabila hati kita ikhlas dalam menyebarkan sesuatu itu insyaAllah kita tidak perlukan pujian dari insan kerana Allah sendiri akan membalasnya.Mana yang kita nak? pujian dunia atau ganjaran Allah di ukhrawi kelak.

kita masuk balik topik yang mana ada readers tulis "kau fikir kau ustaz @ustazah ?" sebenarnya tak perlu timbul pun isu macam ni. seorang wanita yang bertudung labuh menutup auratnya,berpakaian sopan dan solehah dalam bab agama itu tidak beerti dia seorang ustazah.Seorang pemuda berkopiah, berserban,berjanggut dan berjubah dan soleh dalam bab agama itu juga tidak bermakna dia seorang ustaz.Jadi tidak bolehkah bagi mereka untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang mereka ada? mehh sini baca bende famous ni..dah selalu jumpa kan ayat ni.


sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bermakna akulah yang terbaik di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. -imam hasan al basri-

tengok tu seorang imam pun berkata begitu inikan pulak kita.Siapa kita ni nak mengutuk, mengkritik hamba-hamba Allah yang sering menulis ke arah kebaikan tu.Sudah cukupkah iman kita sehingga tidak memerlukan bimbingan sesiapa lagi.Cuba fikir betul-betul sekurang-kurangnya mereka cuba untuk ke arah yang terbaik itu sedangkan kita masih lagi terhegeh-hegeh mencari alasan untuk mengutuk mereka.Aku tulis ni pun bukanlah nak menunjuk yang aku tak pernah mengutuk seseorang tetapi just nak bagi tahu kat mana-mana readers pun tak kesah lah sama ada blog yang korang baca tu tentang apa pun kalau ianya menarik perhatian korang like saja,beri coment yang menbina agar dia lebih bersemangat dalam karya seterusnya kalau tak suka tekan je button pangkah tak payah nak kutuk-kutuk dekat tempat dia.dah la kau melawat tempat dia kau buat kecoh pulak kat situ tak malu ke? ibarat macam kau masuk rumah orang lepas tu kau maki-maki tuan rumah then kau bla.


this is the book that can make you cry while reading it.


At the end macam biasa nak mintak ampun dekat semua makhluk yang ada kat muka bumi Allah ni.Again and again nak bagitahu nobody perfect,saya juga..kalau setakat buat dosa tu perkara biasa untuk semua manusia yang tak lepas dari melakukan dosa-dosa. yang baik datangnya dari Allah dan buruknya dari saya. =)




  Sweet Honesty   
Sabrina Ahmad
trust and truly..

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

Tuesday, November 22, 2011

Special Thinking! ( jangan suka berprasangka buruk )



                  Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cara terbaik untuk menenangkan hati yang resah ialah mengadu kepadaNya.


Assalamualaikum dear readers!
Life is a big question even google cant' answer it.

kalau hari ini kita kalah, jangan berputus asa dan harapan kerana pasti esok Allah akan memberi kemenangan kepada kita selagi kta masih berusaha. :)

Senyum dalam kedukaan ialah tanda ketabahan seorang insan~



Act. Ramai manusia suka berprasangka buruk kan..kenapa eh? tak salah kalau nak berfikir kemungkinan yang ada tapi kenapa mesti berprasangka buruk..tau tak bila korang berprasangka buruk tentang seseorang then orang tu tau apa yang korang fikir tentang dia tu, kemungkinan besar hati dia akan terluka tau..lebih-lebih lagi kalau kau berprasangka buruk tentang sesuatu yang x dia lakukan..try to think positiv la..jangan la suka carik keburukan orang lain je..cuba fikir kan kelebihan dia..hati manusia semua sama..keras macam mana pun ade terselit jugak sensiviti kat situ..tak salah kan kalau kita jaga hati sesama kita..mehh aku bagi contoh berprasangka buruk ehh .

kau tengah jalan-jalan kat shopping complex dengan abang kau sambil kau berpaut pada tangan dia..then tiba-tiba kau ternampak situasi ni: 
sorang awek cun bertudung litup jalan pegang tangan ngan sorang mamat..yg perempuan tu nmpk solehah tapi yg lelaki tu nmpk macam mamat biasa2 je..tapi boleh tahan hensem la..mesra dyeorng bukan main lagi..ala2 sweet couple gitu! (pada hakikat yang sebenar mereka berdua merupakan pasangan suami isteri yang berkahwin pada usia yang muda.) 
dalam hati kau ni tengah cakap camni :
' aishh..ape la nk jadi budak2 zaman sekarang ni..pkai tudung kemain lagi tapi akhlak entah kemana..siap boleh pegang2 tangan lak tu..muka je nampak macam perempuan melayu terakhir tapi plastik! macam bagus je..yang lelaki tu pulak tengok muka je dah tau ni mesti kaki perempuan ni..muka harap je hensem perangai mcm hantu..entah dah berapa banyak perempuan kene tipu ngan die pun tak tau lah..haihh..malang nasib! ' 
then..nampak kan..kat situ je kau dah buat dosa berprasangka buruk..kau tak fikir ke yang kau pun tengah jalan dengan seseorang yang pada pandangan umum bukan muhrim jugak..kau pun tengah berpaut pada lengan abang kau..kau tau yang kau tak de buat salah sebab kau pegang tangan abang kau bukannye orang asing..tapi apa pandangan orang lain terhadap kau..mungkin ade sesetengah orang yang selalu ingat kan diri mereka agar think positiv akan pikir mungkin tu abang kau kott, x pun husband..kalau orang yg berfikiran sempit and selalu nk carik kelemahan orang lain akan fikir kau jalan dengan lelaki mane tah..siap pegang2 tangan..sedih kan..bile kita jalan dengan abang kita sendiri, kita tak buat dosa pun tapi orang fikir kita buat maksiat jugak..sebab tu la kita jangan suka berprasangka buruk..akan ada hati yang terluka bila seseorang tu berprasangka buruk!


Special Thinking!
mehh sini saya ajar awak semua dapat pahala free melalui special thinking ni.. :) mula-mula sekali buang perasaan hasad dengki tu dalam diri agar kita tak selalu berprasangka buruk..guna kan motto "think positiv" walaupun pada hakikat benda yang buruk tu adalah realiti..maksud nye walaupun kita tau apa yang kita fikir tu adalah realiti tapi kita ubah cara pemandangan kita jadi bentuk doa..faham tak? pening eh..haha..oke2..contoh korang ade ternampak seorang murid curik pen cikgu dalam bilik guru tapi ubah pemikiran kau tu ' ehh budak tu tolong cikgu amik pen tu..' walaupun kau memang tau budak tu memang kaki mencuri punye orang..tapi dalam kau cuba menpositiv kan fikiran kau tu kau, kau dah pun mendoakan dia agar menjadi seorang budak yang baik..mana tau esok2 doa kau tu termakbul hari2 budak tu tolong amikkan cikgu dia pen..hehe..walaupun nampak macam susah je tapi tak mustahil kan? Allah kalau nak terbalikkan hati orang..bile2 pun boleh..yang baik boleh jadi jahat dalam sekelip mata yang jahat pun boleh jadi baik dalam sekelip mata..kuasa Allah! Subhanallah~

So, the moral value of the entry is dont ever-ever judge a book by its cover..try to be more optimse..think positive..don't be a person that love to find someone mistake..because one day the word that you said for other people will turn back to you! :)




Dan seperti biasa di akhir kata saya nak mintak maaf k..sama ada dosa yang sengaja atau tak sengaja..setiap manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.macam tu jugak saya..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari hambaNya. :)


Sweet Honesty,
Sabrina Ahmad
trust and truly..





SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

Saturday, October 29, 2011

Rindu tu fitrah manusia.




 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Setiap Manusia tiada yang sempurna, Jika kau tercipta untukku tanpa kesempurnaan. aku terima sayang!

Assalamualaikum dear readers!
Manusia selalu lupa yang ramai orang sayang kat dia. selalu sangat cakap tak ada orang yang pedulikan dia. ingatlah, kalau kita sunyi,sedih, rasa macam tak ada yang hargai kita, Allah sentiasa ada untuk kita, tak pernah sesaat pun Dia menoleh daripada memandang kita. ingatlah Allah setiap saat dan ketika kerana itu memang tugas kita sebagai hambaNya yang hina. :)


Act. awak kalau rindu awak buat ape? tak kesah la kan rindu keluarga ke kawan ke ataupun kekasih hati. rindu tu fitrah bagi manusia. bila dah lama tak jumpa seseorang pasti kita akan merinduinya. tapi kita kena pandai mengawal perasaan rindu kita tu. jangan sampai lalai lebih-lebih lagi kalau merindukan kekasih. kalau kita rindu dengan kekasih janganlah terus nak berjumpa, elakkan daripada selalu berjumpa untuk menghindari maksiat. banyak cara kita boleh buat untuk meghilangkan rasa rindu kan? mehh, kita share sikit. :) sumber dipetik dari pelbagai pihak ye.



1)  Tengok gambar
kalau kekasih tu..kompem la kau ade gambar dia kan..hehe..x yah tipu la..ade punye.kalau betul-betul tak de pun bukak la facebook dia..kadang-kadang bila kita tengok gambar orang tu pun dah boleh hilangkan sikit rindu kita tau..tapi ingatlah! tengok sikit-sikit dah la..jangan sampai terjadi Zina Hati pulak. jangan sampai melalaikan.tengok untuk hilang rindu je dah cukup..jangan la kau tenung gambar tu sampai tertembus gambar tu ! ;P


2)  Telefon lah
kalau korang dah tak dapat nak tahan rindu korang tu sangat..ape susah telefon je..tapi seelok-eloknya rindu tu biar di tahan sikit.bila jumpa nanti mesti gembira tak terkata..ni kalau dah hari-hari telefon,SMS,siap nak buat video chat segala bagai tu..x jadi lah rindu kau tu..buat habis karen je! kate rindu biarlah lame sikit kan..hehe :P tapi kadang-kadang ade orang tu kalau rindu, dapat dengar suara pun jadilah tu yang boleh gune kaedah ni nih. :) tapi kalau rindu kat mak kita cepat-cepat lah telefon ye.biar terubat sikit rindu kat insan tersayang tu.

~Bersaksi cinta..di atas cinta Dalam alunan tasbih ku ini..Menerka hati yang tersembunyi..Berteman di malam sunyi penuh doa~
3) Dengar lagu
ni biasanye kalau kita rindu kekasih hati kita.korang mesti ade lagu korang berdua kan..huh! dengar lah lagu tu..tapikan kalau korang tak de lagu yang korang selalu share-share pun korang boleh dengar lagu yang ade kene mengena dengan korang..seperti biasa jangan sampai melalaikan, seeloknya dengar zikir yang dapat menenangkan jiwa daripada terus rasa merindui, :)


auww! comelnya.budak-budak pun tau ingat Allah!

4) Mengadu lah dengan Dia
ok! cara ni sepatutnya aku letak kat nombor satu tapi saje je aku letak kat akhir-akhir ni sebab nak korang sendiri buat penilaian.sebenarnye la kan..cara ni jugaklah yang paling berkesan.bila kita rindu seseorang hamba Allah tu, kita kene mintak izin dengan Allah dulu.Mintak Allah kukuhkan cinta kita terhadap dia.Mintak Allah jangan kurangkan rasa cinta atau rindu ni terhadap insan yang kita sayang tu.Bila Allah bagi korang perasaan rindu terhadap hamba dia maknanya Allah sayang korang..Allah nak tengok hamba Dia ni ingat tak dekat Dia bila Allah dah letak orang lain dekat dalam hati kita.Sebab tu lah aku bagi statement kat atas tadi tu.bila kita rindu tu berpada-pada lah, jangan sampai lalai.jangan sampai terlalu rindukan dia kau lupakan Allah.sebab Allah yang bagi perasaan rindu tu kat kau.So, ingatlah dekat Dia.Bila hati ni rasa tak tenang, resah sebab rindukan seseorang mengadu lah dengan Dia.Mintak Allah kuatkan rasa cinta kita tanpa keraguan.


membaca tu kan amalan mulia..sebab tu la kalau aku tulis entry mesti aku masukkan sikit islamic kat situ supaya bila korang dah penat-penat bace blog aku ni korang dapat award jugak dari Allah sebab membaca ilmu islam..then kunjunglah ke blog aku lagi ye :) hehe ! ^_^







pssst :manusia semua tak lepas daripada melakukan kesilapan..saya mintak maaf kalau ade yang saya tulis  buat awak berkecil hati..yang baik datangnya dari Allah yang buruk dari hambaNya.:)

Senyum Sokmo! :P

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

Saturday, October 1, 2011

Maruah Seorang Perempuan!




   Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Tanamkan diri anda dengan sifat-sifat terpuji dan Mahmudah yang Indah 


Assalamualaikum dear readers!
peringatan awal sebelum awak-awak semua baca dengan lebih lanjut ye.entry saya kali ini bukan hendak mengaib kan seorang hamba Allah tapi hendak memberi kesedaran dan buat seluruh umat islam agar sentiasa menjaga maruah mereka. Kadang-kadang kita tak boleh nak nilai seseorang tu daripada rupa je. Saya sendiri terkejut bila saya nampak dengan mata saya sendiri orang yang saya percaya buat benda yang dilarang keras dalam islam. niat saya kat sini bukan nak jatuhkan maruah awak ataupun bukak aib awak just nak bagi peringatan buat gadis-gadis lain dan menjalankan tanggungjawab sebangai seorang kawan.Nak tegur direct2 takut awak terasa pulak dengan saya. Jadi saya guna cara macam ni je la eh.Semoga apa yang saya tulis ni dapat bagi kesedaran terhadap awak. tak salah berubah ke arah kebaikan :))


perempuan, dirimu begitu berharga! 

cuba kita renungkan, sebuah pengibaratan.dimana ada dua gelang, satu diletak diatas di atas meja,dipamerkan dikhalayak ramai boleh dibelek-belek,dipegang-pegang oleh para pengunjung.satu lagi gelang yang dititip dengan berlian yang berkilau dan dibalut dengan kertas khas,diletakkan di dalam sebuah kotak yang istimewa dan kotak tersebut diletak dalam cermin untuk tayangan ramai.yang mana satukah korang akan pilih.yang dah dilihat, dipegang-pegang, diraba-raba oleh ramai orang ataupun yang tersedia khas dalam sebuah kotak khas dan tidak pernah disentuh oleh sesiapa pun.begitulah pengibaratan seorang insan yang telah dimuliakan di sisi islam.dialah sang HAWA.korang pernah tengok cerita syurga cinta tak? saya tertarik sangat dengan ayat kat bawah ni. boleh jadi pengajaran untuk kita semua.

jadilah seorang wanita seperti di dalam bekas kaca, yang hanya boleh dilihat, hanya yang mampu saja boleh memilikinya.


Perempuan! disebabkan perempuan lelaki boleh menongkat dunia dengan kejayaan yang agung, kerana perempuan juga lelaki boleh jatuh tersungkur mencium bumi.dan kerana perempuan jugalah lelaki boleh terpesona dengan keindahan duniawi.Oleh itu, sewajar nya kita menjadi seoarang muslimah yang mulia di sisi Islam kerana perempuan diangkat tinggi darjat nya di dalam Islam. kenapa mesti kita jatuhkan maruah kita kerana lelaki?menjadikan kita sebangai seoarang wanita yang tiada nilainya dan hanya layak duduk melutut di hadapan lelaki. sedangkan kita boleh berdiri tegak di sebelah lelaki dan sama-sama membimbing Adam ke arah yang benar.


Perempuam ketika zaman jahiliyyah dahulu kala sangat dibenci.entah kenapa salah mereka sehingga mereka dibenci.Dan ketika turunnya islam,yang telah menaikkan darjat seorang  perempuan dan memuliakan mereka.dan sejak itu perempuan telah dilayan dengan baik.mereka boleh menerima pendidikan sama seperti kaum lelaki,mereka boleh berkerja sama seperti kaum lelaki.dan memang benar sang HAWA itu mulia di sisi islam.syurga juga terletak di bawah kaki sang Hawa.para ibu juga lebih diutamakan dari para ayah seperti lagu "my mother".pernah dengar tak lagu tu? mestilah penah kan kalau tak pergi search dekat youtube.begitu istimewanya seorang perempuan.

tetapi realiti zaman sekarang dah berlainan.Perempuan dengan rela hatinya,tanpa segan silu,dengan hati terbuka,dengan rasa gembira dan suka suki mencampakkan diri mereka ke dalam jurang kemaksiatan.walaupun mereka telah dimuliakan oleh islam itu sendiri,mereka lebih sanggup menjadi hamba kepada lelaki.mereka lebih sanggup jadi sebab utama runtuhnya iman seorng pemuda.tidakkah itu telah menjatuhkan darjatnya ataupun maruahnya.
Ahh.! bukanya salah aku lelaki tu yang paksa, lagipun dia kata dia sayang aku la!
okayy. mungkin jugak korang boleh kata semua ni berpunca dari lelaki. lelaki yang mintak, lelaki yang desak dan paksa. tapi kenapa kau tak boleh halang. dia bukannya suami kau pun sampai kau tak boleh nak bantah apa yang dia nak lebih-lebih lagi benda yang sudah jelas dinyatakan yang ianya haram.okayy. korang baca apa yang sheikh ali tantawi tu tulis dulu.
 
 
seperti yang digariskan oleh Islam. kali ini saya terbaca tentang nasihat daripada sheikh ali tantawi.sebelum ini saya tak pernah kenal pun siapa  beliau.tapi lepas membuat sedikit pencarian melalui internet, alhamdulillah saya dapat mengetahui serba sedikit tentang beliau.berikut adalah sebahagian daripada nasihat beliau yang amat menarik minat saya.



“Kepada Puteriku,
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatan mu Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

wahai puteriku.. 

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab“. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Wahai puteriku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”
Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan perempuan yang rosak akhlaknya.


lepas je aku dok baca apa yang sheikh ali tantawi tu tulis terasa macam ada satu perasaan kat situ. mungkin kita boleh amik sebgai satu nasihat. kat sini tak bermakna yang korang tak boleh berkawan dengan lelaki tapi perlu amik langkah berhati-hati. jangan jadi lemah dengan setiap ayat-ayat romantik dia.

Kelemahan terhebat seorang lelaki ialah mata dan Kelemahan terhebat seorang perempuan ialah telinga .

semua orang ada hak untuk buat keputusan untuk hidup dia sendiri.Kadang-kadang bila mak ayah kita kawal kita dengan ketat kita marah. kita kata diaorang tak open minded tapi pernah tak korang semua fikir kalau dia biarkan kau bebas berkeliaran tanpa arah tujuan korang akan tergolong dalam orang-orang seperti yang aku tuliskan.mak aku selalu pesan kat aku. kita perempuan kena pandai jaga diri sendiri, jangan biarkan maruah kita di pijak-pijak olah seorang Adam. kena pandai pilih kawan lelaki, jangan suka-suka bagi maruah kita kat dia walaupun dia tu buayafriend kau yang kau cinta sangat-sangat, yang korang dah janji nak setia gila-gila.apa jaminannya yang dia akan setia dengan kau.dia tahu ke apa yang telah disuratkan oleh Allah? sudah tentu tidak. jadi aku harap sangat-sangat entry kali ni bermanfaat untuk semua kaum Hawa dan jugak kaun Adam agar lebih menghormati kaum Hawa. korang jadilah se gentleman mana pun perempuan yang baik hanya mengharapkan lelaki yang penuh iman di dada sebagai pasangannya di dunia dan akhirat.


dan tak lupa untuk kawan aku tu. aku sayang kau sangat-sangat. aku tak nak kau rosak. mungkin kau dah buat silap dengan bagi dia apa yang dia nak.bagi dia pegang-pegang kau tapi kau masih belum terlambat untuk berubah.berubah lah sayang. tegaskan pendirian kau. kalau dia betul-betul sayangkan kau dia takkan buat apa yang kau tak suka.

p/s : saya nak mintak maaf sangat-sangat kat semua kalau-kalau ada yang saya tulis buat korang terasa.maafkan semua niat yang tak betul ataupun sangkaan yang salah yang datang dari hati ni. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruknya datang dari hambaNya. Amar ma'ruf Nahi mungkar !

Sweet Honesty,
Sabrina Ahmad,
Trust And Truly

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

Saturday, August 20, 2011

No-Need-Rush





Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
semoga diri kita sentiasa dilihat oleh Allah di Bulan yang penuh Rahmat ini.
Asalamualaikum..selamat berpuasa ye kawan2..hari ni dah 20 Ramadhan..rase mcm cepat sngt, lagi sepuluh hari dah nak raya. korang semua jangan hepy sangat sebab bila berakhirnye bulan Ramadhan bermakna berakhir la sudah bulan rahmat yang datang setahun skali je..korang faham kan..so, sementara masih ade mase yang tinggal x sampai sepuluh hari je lagi ni perbanyakkan lah amal ibadat korang..ingat ye bulan puasa syaitan semua di ikat jadi kalau awak masih malas beribadat itu adalah sikap awak sendiri..berubahlah ke arah kebaikkan.. :)
okayy..act. tak perlu terburu-buru mencari cinta..lagi2 untuk kita2 yg masih bergelar seorang pelajar ni.Kejar cita-cita dulu,banggakan kedua orang tua korang..kadang2 bila kita yang mencari cinta tu..ia akan hadir tapi yang hadir tu is a fake love..korang akan faham sendiri bila korang bercinta seperti yang aku maksudkan. kat sini bukannye aku nak suruh korang menunggu je, tapi berhati-hati dalam memilih cinta. jangan mudah katakan ya dalam perhubungan.kenal lah dia betul2 dulu.seeloknye berkawan rapat lah dengan dia dulu.dengan cara tu korang akan fahami peribadi dia dan x de la korang 'shocking' (najwa saye :P) sangat bila nmpk perangai buruk dia bila dah bercinta.
cinta tu sebenarnya berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan cinta kepadanya.
Pernah tak korang carik sesuatu barang tapi korang tak jumpa?jenuh la korang mencarikan tapi x jumpa2.sebaliknya apabila korang tak perlukan barang tu dia duduk pulak gedik-gedik depan mata korang.oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta atau lebih tepat macam desperate je kau carik kan sebab ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tak memburunya.

Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.
Jika kita kecewa bercinta, jangan di salahkan takdir kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.kita kene selalu ingat kita hanya sekadar insan biasa yang sentiasa di lengkap dengan cinta Allah SWT. bersyukur lah kawan sekiranya insan yang awak suka tu tak pandang awak kerana Allah telah menetapkan cintaNya yang lebih Indah untuk awak.di mata kita ia mungkin satu keburukkan,sedangkan ada banyak hikmah yang tersembunyi tanpa kita sedari.

Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.
Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, tapi jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata. korang fahamkan?
senang cerita kalau time sekolah-sekolah ni tak payah sebok-sebok nak carik cinta sangat lah. belajar je dulu. insyaAllah kita dapat jodoh yang baik pada masa hadapan. doa lah banyak-banyak kat Allah supaya kita mendapat jodoh yang baik dan berkekalan :)


maaf untuk semua kesilapan, yang baik datangnya dari Allah yang buruk dari hambaNya. :)


Sweet Honesty,
Sabrina Ahmad,
Trust And Truly,

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

Friday, July 29, 2011

Senyum Tak Kene Bayar Lah !





Mantapkan diri mu dengan Akidah yang hebat!




Asalamualaikum dear readers..!
senyum tu satu sedekah. senyum je dah dapat pahala tau. :)

act. saye update ni pon sebab awek cun melecun tu nk url blog (norshafiqahbintikamarudin) ..so dah terlanjur bukak tu update la sikit kan..hehe mula2 bukak tu aku pon trkejut beruk sebab last en3 aku pasal cuti taun lepas..mak aii,, nyah lme gile kau x update..hehe..normallah tu lgy pon aku bkn pndai sngt pon psl blog2 ni..baik aq pegi jalan-jalan blog orang lain yang cantik2.

ok2..tajuk tu knpe? sbnrnye saje2 je..x de idea..aku ade la kenal sorang makhluk Allah ni..nak tngok dia senyum mmng susah walaupon org nye hepy2 gitu..klu aku cakap awak senyum lah ckit..bru nmpk dia snyum..knpe ade manusia yang susah nak senyum? senyum tu kan sedekah awak..x rugi la..sme la mcm kite bersabar..x de rugi nye klu kite bersabar..tu prinsip Saya..so kpade awak2 yang kat luar tu,,yg susah nk senyum tu cube denyum skit..x nak pahale ke..free2 je tau..tunjukkan dekat semua orang yang awak ada gigi yang cantik. mak aku cakap kalau orang tu tak nak senyum makna nya gigi dia buruk..hehe..suka2 mak aku je :)) jangan percayalah manalah tau orang tu ada ulser ke tu yang payah nak senyum tu..hehe..tapi berusahalah senyum ye.. 

tau tak kadang-kadang senyuman kita boleh membaluti luka seseorang ataupun memparahkan lagi luka seseorang tu. contohnya kau jumpa seseorang kat tepi jalan lepas tu dia senyum dekat kau, kau pulak punyalah sombong badak nya kan jual mahal gila-gila pulak tak nak senyum mesti dia terasa tau, kalau dia tengah sedih kau dah tambahkan lagi kedukaan dia. jadi cerita kat sini kau senyum je lah. tak kene bayar pun kalau senyum. tapi kalau kau dah sengih macam orang gila tu jangan carik aku pulak..aku suruh senyum je bukan sengih2 macam orang gatal.



SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

 
Back to Top