'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Tuesday, June 4, 2013

Chances comes with Reasons



                 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Mencari Cinta Allah. Mari menjadi hamba yang Beriman.




Assalamualaikum peers. 

Sudah agak lama meninggalkan dunia blog. Bukan diri sudah bosan dengan dunia penulisan, namun masa yang sering mencemburui untuk aku duduk bermonolog di hadapan laptop. Sejak meninggalkan Dol Said tercinta, i have changed into a very very busy lady. =P . I learned to appreciate every single little time. 



Act. Semua orang duk tanya-tanya aku, Dah boleh adapt ke kat tempat orang ? takda nangis nangis lagi ka ? Even kawan kawan baru dekat Seseri pun ada sometimes diaorang mengadu tak boleh nak teruskan perjuangan yang baru bermula ni. Kawan kawan dol said yang dah pergi MRSM , SBP pun adakalanya luntur semangat perjuangan dan mula rindukan tempat yang lama. Kenapa mesti begini sahabat ? Aku pun manusia biasa juga, menangis itu perkara biasa, namun kutekadkan hati, kuberhijrah demi perjuangan. Perjuangan yang didukung oleh ibu bapaku. Mana mungkin aku mengahampakan mereka. 



Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ni, pasti ada hikmahnya, untuk mengetahui hikmah yang tersembunyi itu kita perlu redha dan berusaha mencari hikmah dengan penuh yakin. Ya, yakin bahawa Allah tidak akan sesekali meletakkan kita dalam sesuatu keadaan atas sebab yang sia-sia. Peluang yang datang juga punya seribu hikmah yang tersembunyi. Mengapa perlu melepaskan peluang yang Allah berikan dan menyerah sebelum berperang sehingga ke akhirnya ? Untuk menggapai redha pula, kita perlu niatkan segala apa yang kita lakukan kerana Allah. Percayalah bahawa hanya dengan meletakkan Allah dihati kita mampu untuk menggapai kejayaan. Kisah tentera wali Allah yang hebat, tentera Salahudin Al Ayubi, mereka berjuang atas nama Allah, mereka yakin dengan Allah dan pemimpin mereka sendiri mempunyai keimanan yang kukuh terhadap Allah, setiap kali sebelum mereka berjihad, Salahudin Al Ayubi akan mengingatkan agar tentera-tenteranya tajdid niat (perbaharui niat) bahawa mereka berjihad kerana Allah. tidak hairanlah mengapa mereka boleh berjaya menyebarkan Islam, menakluk empayar empayar besar. Betapa Jitunya keimanan mereka terhadap Allah.

Begitu juga dengan diri kita, hidup ini perlu mempunyai matlamat, untuk merealisasikan matlamat itu, kita perlu berusaha dengan penuh keyakinan. Dengan meletakkan Allah di hati, lakukan perjuangan kerana Allah. InsyaAllah kemenangan menantimu biarpun matlamatmu untuk menakluk dunia. Kerana tiada apa yang mustahil didunia ini dengan kehendak Allah. "Kun FayaKun" Sungguh ALLAH itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sungguh rugilah insan insan yang melepaskan peluang yang Allah berikan kepada mereka. Percayalah, Peluang datang dengan hikmah yang tersembunyi. 



Menjawab persoalan sahabat-sahabat yang dikasihi, sejujurnya aku dah boleh adapt dekat Seseri, hidup diasrama sangat seronok sebenarnya. cuma ada beberapa masalah je yang buat aku kadang kadang lemah. tapi tak jadilah namanya perjuangan kalau tidak ada rintangan kan ? So, aku akan teruskan perjuangan aku, manfaatkan peluang yang Allah beri ini untuk mencari hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah mungkin aku akan jumpa hikmahnya selepas 2 tahun di bumi SESERI. Apa yang aku fikirkan sekarang cumalah berjihad. Menuntut ilmu kerana Allah, genggam straight's A+ dalam SPM 2014, banggakan mak dengan abah, capai cita-cita aku. Cita cita tu rahsia lah dulu eh. hehe =P dan dan dan... aku nak sangat tebarkan dakwah di bumi SESERI, InsyaAllah. amiin. doakan aku sahabat. ;)

Redha Allah terletak pada Redha kedua ibu bapa. Dan aku yakin bahawa mak dan abah akan meredhai aku jika aku berjaya menjadi insan yang berguna buat masyarakat, negara dan AGAMA. Akan aku pastikan suatu hari nanti mak dan abah mengalirkan air mata gembira, bangga dengan kejayaanku.
                           

Begitu juga doaku buatmu sahabatku sekalian. Amiin, Together We'll Rise. =)
Jangan lupa mencari hikmah disebalik peluang yang engkau dapat dengan Yakin. =D



SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

Thursday, February 14, 2013

We Love We Care.




 
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
semoga sahabatku sayang sentiasa dalam lindungan Allah.


Assalamualaikum wbt.

First thing, nak bagitahu awal- awal post ini khususnya buat my besties. Nurul Fatin, Farah Najwa and Nur Izzati. plus kawan2 Dsaidians tersayang dan cikgu2 Dsaidians yg dikasihi. kalau rasa buang masa baca hang tak payah baca pun takpa. this post just to express my feeling to them and let the whole world know how much i love them. bukan cari readers, viewers or likers. :D

Well, since i became one of the Seserians, i started to realise how wonderfull being one of the Dsaidians. I started to learn how to live by my own without my besties and beloved teachers. And I started to appreciate every single little time with my besties and teachers. I love them. yes, hardly love and miss. Once the ukhuwah has started it will never end. And this is all about my friendship.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari. Hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.

Nurul Fatin, Farah Najwa, Nur Izzati ,

Dulu, aku suka marah-marah. kadang-kadang rasa benci, taknak cakap dengan korang. aku buat hal aku, ikut cara aku. Aku tahu korang semua banyak sabar kan. well, this is me. sebab tu aku sayang korang, even teruk mana pun perangai aku, korang tetap ada. bila aku sedih, nangis korang pun join sekali nangis. bila aku gelak korang pun gelak. it is just like Four of us becoming only One. Now, bila aku dah jauh daripada korang baru aku terasa. terasa gila-gila rindu dengan korang. tak semua orang boleh terima cara aku, perangai aku. i have to survive beyond time by my own. tanpa korang. sound like as easy as ABC right ? its not. too hard to go alone witouht all of you. i have to remind myself everytime that im a strong girl. I can live by my own. but when the times come, i will hardly missing all of you. hanya Doa pengikat kita. InsyaAllah. :')




Korang tak dapat SBP or MRSM bukan sebab tak layak or what. tapi sebab takde rezeki mungkin. Allah dah rancangkan yang terbaik untuk hambaNya. just believe. Ada hikmah di setiap kejadian. Everythings happen for a reason. InsyaAllah korang doalah banyak2 moga ada ruang untuk korang study for the next intake kat MRSM or SBP okey. Aku doakan. Seriously, when talk about boarding school, aku akan jadi macam arghhh, benci, gila, tak suka, menyampah. even masa mula2 dulu akulah orang yang paling excited. Tapi bila dah sampai sana, perasaan tu aku je yang rasa. orang lain tak tahu. sebab tu aku cakap " cakap senang kalau tak laluinya sendiri " but i stay. aku try positivkan diri aku sendiri setiap hari. bagi aku, Allah letak aku kat tempat tu, berpisah daripada family, bestfriends semuanya bersebab. maybe kat situ ada sesuatu yang lebih baik untuk aku. thats why aku harap sangat korang sabar dengan apa pun yang Allah bagi. tak kira kat mana pun tempat korang , percayalah itu yang terbaik. Belajar kat mana-mana pun boleh berjaya janji usaha, doa, tawakal yang berterusan dan percaya pada Allah 100% . Jangan sedih2 dear, korang buat aku nak balik. huhuhu :'(

"jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri"
(sayyidina Ali bin Abi Thalib)

Friends.

Especially Dsaidians. Aku mintak maaf sebab banyak buat salah dekat korang semua. jadi kawan yang suka carik pasal, jadi kawan yang membosankan lagi menyampah. jadi kawan yang suka marah-marah, jadi bendahari kelas yang suka mintak duit korang, jadi pengawas yang tak berapa nak betul sangat. hehe. jadi apa-apalah kan. yang pasti aku manusia biasa banyak buat silap wo. sory sangat2. sayang korang. Allah sayang kamu. <3>





Soleha, Syafiqah, Jihan. thanks for being my BFF. teruskan perjuangan. :D
Lisa,Annur,Atul,Atyn, and the gang. thanks for all the support. sayang korang. <3>

And to all. tak dapat nak mention semua, but believe me, aku ingat korang semua. insyaAllah. take care. :')
 

Cikgu.
saya mintak maaf banyak2 sebab perangai saya yang sangat teruk. kadang terkasar bahasa, kadang suka menjawab, kadang mengata, kadang malas, kadang macam2 lah perangai saya. tapi cikgu sabar je kan. sayang cikgulah. Doakan saya berjaya dunia akhirat. :D

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Biar rebah untuk ke berapa kali pun, biar jatuh tersungkur, biar gagal, tetaplah bangun wahai sahabat. takde manusia yang tak pernah gagal. teruslah berusaha sehingga berjaya. setiap kegagalan itu mengajar kita suatu erti kematangan dan kita selangkah mendekati kejayaan. sentiasa yakin dengan Allah. Usaha, Doa , Tawakal. kunci kejayaan seorang muslim bertaqwa. insyaAllah. yang paling penting niat belajar tu kerana Allah Taala. insyaAllah pahala jihad mengiringi.



SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

 
Back to Top