'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Saturday, October 29, 2011

Rindu tu fitrah manusia.




 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Setiap Manusia tiada yang sempurna, Jika kau tercipta untukku tanpa kesempurnaan. aku terima sayang!

Assalamualaikum dear readers!
Manusia selalu lupa yang ramai orang sayang kat dia. selalu sangat cakap tak ada orang yang pedulikan dia. ingatlah, kalau kita sunyi,sedih, rasa macam tak ada yang hargai kita, Allah sentiasa ada untuk kita, tak pernah sesaat pun Dia menoleh daripada memandang kita. ingatlah Allah setiap saat dan ketika kerana itu memang tugas kita sebagai hambaNya yang hina. :)


Act. awak kalau rindu awak buat ape? tak kesah la kan rindu keluarga ke kawan ke ataupun kekasih hati. rindu tu fitrah bagi manusia. bila dah lama tak jumpa seseorang pasti kita akan merinduinya. tapi kita kena pandai mengawal perasaan rindu kita tu. jangan sampai lalai lebih-lebih lagi kalau merindukan kekasih. kalau kita rindu dengan kekasih janganlah terus nak berjumpa, elakkan daripada selalu berjumpa untuk menghindari maksiat. banyak cara kita boleh buat untuk meghilangkan rasa rindu kan? mehh, kita share sikit. :) sumber dipetik dari pelbagai pihak ye.



1)  Tengok gambar
kalau kekasih tu..kompem la kau ade gambar dia kan..hehe..x yah tipu la..ade punye.kalau betul-betul tak de pun bukak la facebook dia..kadang-kadang bila kita tengok gambar orang tu pun dah boleh hilangkan sikit rindu kita tau..tapi ingatlah! tengok sikit-sikit dah la..jangan sampai terjadi Zina Hati pulak. jangan sampai melalaikan.tengok untuk hilang rindu je dah cukup..jangan la kau tenung gambar tu sampai tertembus gambar tu ! ;P


2)  Telefon lah
kalau korang dah tak dapat nak tahan rindu korang tu sangat..ape susah telefon je..tapi seelok-eloknya rindu tu biar di tahan sikit.bila jumpa nanti mesti gembira tak terkata..ni kalau dah hari-hari telefon,SMS,siap nak buat video chat segala bagai tu..x jadi lah rindu kau tu..buat habis karen je! kate rindu biarlah lame sikit kan..hehe :P tapi kadang-kadang ade orang tu kalau rindu, dapat dengar suara pun jadilah tu yang boleh gune kaedah ni nih. :) tapi kalau rindu kat mak kita cepat-cepat lah telefon ye.biar terubat sikit rindu kat insan tersayang tu.

~Bersaksi cinta..di atas cinta Dalam alunan tasbih ku ini..Menerka hati yang tersembunyi..Berteman di malam sunyi penuh doa~
3) Dengar lagu
ni biasanye kalau kita rindu kekasih hati kita.korang mesti ade lagu korang berdua kan..huh! dengar lah lagu tu..tapikan kalau korang tak de lagu yang korang selalu share-share pun korang boleh dengar lagu yang ade kene mengena dengan korang..seperti biasa jangan sampai melalaikan, seeloknya dengar zikir yang dapat menenangkan jiwa daripada terus rasa merindui, :)


auww! comelnya.budak-budak pun tau ingat Allah!

4) Mengadu lah dengan Dia
ok! cara ni sepatutnya aku letak kat nombor satu tapi saje je aku letak kat akhir-akhir ni sebab nak korang sendiri buat penilaian.sebenarnye la kan..cara ni jugaklah yang paling berkesan.bila kita rindu seseorang hamba Allah tu, kita kene mintak izin dengan Allah dulu.Mintak Allah kukuhkan cinta kita terhadap dia.Mintak Allah jangan kurangkan rasa cinta atau rindu ni terhadap insan yang kita sayang tu.Bila Allah bagi korang perasaan rindu terhadap hamba dia maknanya Allah sayang korang..Allah nak tengok hamba Dia ni ingat tak dekat Dia bila Allah dah letak orang lain dekat dalam hati kita.Sebab tu lah aku bagi statement kat atas tadi tu.bila kita rindu tu berpada-pada lah, jangan sampai lalai.jangan sampai terlalu rindukan dia kau lupakan Allah.sebab Allah yang bagi perasaan rindu tu kat kau.So, ingatlah dekat Dia.Bila hati ni rasa tak tenang, resah sebab rindukan seseorang mengadu lah dengan Dia.Mintak Allah kuatkan rasa cinta kita tanpa keraguan.


membaca tu kan amalan mulia..sebab tu la kalau aku tulis entry mesti aku masukkan sikit islamic kat situ supaya bila korang dah penat-penat bace blog aku ni korang dapat award jugak dari Allah sebab membaca ilmu islam..then kunjunglah ke blog aku lagi ye :) hehe ! ^_^







pssst :manusia semua tak lepas daripada melakukan kesilapan..saya mintak maaf kalau ade yang saya tulis  buat awak berkecil hati..yang baik datangnya dari Allah yang buruk dari hambaNya.:)

Senyum Sokmo! :P

SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

2 comments:

  1. SINGGAH LA KE MARI :)
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-ciri-ciri-sahabat-sejati.html
    Dah follow sini

    ReplyDelete

 
Back to Top