'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Tuesday, June 4, 2013

Chances comes with Reasons



                 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Mencari Cinta Allah. Mari menjadi hamba yang Beriman.




Assalamualaikum peers. 

Sudah agak lama meninggalkan dunia blog. Bukan diri sudah bosan dengan dunia penulisan, namun masa yang sering mencemburui untuk aku duduk bermonolog di hadapan laptop. Sejak meninggalkan Dol Said tercinta, i have changed into a very very busy lady. =P . I learned to appreciate every single little time. 



Act. Semua orang duk tanya-tanya aku, Dah boleh adapt ke kat tempat orang ? takda nangis nangis lagi ka ? Even kawan kawan baru dekat Seseri pun ada sometimes diaorang mengadu tak boleh nak teruskan perjuangan yang baru bermula ni. Kawan kawan dol said yang dah pergi MRSM , SBP pun adakalanya luntur semangat perjuangan dan mula rindukan tempat yang lama. Kenapa mesti begini sahabat ? Aku pun manusia biasa juga, menangis itu perkara biasa, namun kutekadkan hati, kuberhijrah demi perjuangan. Perjuangan yang didukung oleh ibu bapaku. Mana mungkin aku mengahampakan mereka. 



Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ni, pasti ada hikmahnya, untuk mengetahui hikmah yang tersembunyi itu kita perlu redha dan berusaha mencari hikmah dengan penuh yakin. Ya, yakin bahawa Allah tidak akan sesekali meletakkan kita dalam sesuatu keadaan atas sebab yang sia-sia. Peluang yang datang juga punya seribu hikmah yang tersembunyi. Mengapa perlu melepaskan peluang yang Allah berikan dan menyerah sebelum berperang sehingga ke akhirnya ? Untuk menggapai redha pula, kita perlu niatkan segala apa yang kita lakukan kerana Allah. Percayalah bahawa hanya dengan meletakkan Allah dihati kita mampu untuk menggapai kejayaan. Kisah tentera wali Allah yang hebat, tentera Salahudin Al Ayubi, mereka berjuang atas nama Allah, mereka yakin dengan Allah dan pemimpin mereka sendiri mempunyai keimanan yang kukuh terhadap Allah, setiap kali sebelum mereka berjihad, Salahudin Al Ayubi akan mengingatkan agar tentera-tenteranya tajdid niat (perbaharui niat) bahawa mereka berjihad kerana Allah. tidak hairanlah mengapa mereka boleh berjaya menyebarkan Islam, menakluk empayar empayar besar. Betapa Jitunya keimanan mereka terhadap Allah.

Begitu juga dengan diri kita, hidup ini perlu mempunyai matlamat, untuk merealisasikan matlamat itu, kita perlu berusaha dengan penuh keyakinan. Dengan meletakkan Allah di hati, lakukan perjuangan kerana Allah. InsyaAllah kemenangan menantimu biarpun matlamatmu untuk menakluk dunia. Kerana tiada apa yang mustahil didunia ini dengan kehendak Allah. "Kun FayaKun" Sungguh ALLAH itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sungguh rugilah insan insan yang melepaskan peluang yang Allah berikan kepada mereka. Percayalah, Peluang datang dengan hikmah yang tersembunyi. 



Menjawab persoalan sahabat-sahabat yang dikasihi, sejujurnya aku dah boleh adapt dekat Seseri, hidup diasrama sangat seronok sebenarnya. cuma ada beberapa masalah je yang buat aku kadang kadang lemah. tapi tak jadilah namanya perjuangan kalau tidak ada rintangan kan ? So, aku akan teruskan perjuangan aku, manfaatkan peluang yang Allah beri ini untuk mencari hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah mungkin aku akan jumpa hikmahnya selepas 2 tahun di bumi SESERI. Apa yang aku fikirkan sekarang cumalah berjihad. Menuntut ilmu kerana Allah, genggam straight's A+ dalam SPM 2014, banggakan mak dengan abah, capai cita-cita aku. Cita cita tu rahsia lah dulu eh. hehe =P dan dan dan... aku nak sangat tebarkan dakwah di bumi SESERI, InsyaAllah. amiin. doakan aku sahabat. ;)

Redha Allah terletak pada Redha kedua ibu bapa. Dan aku yakin bahawa mak dan abah akan meredhai aku jika aku berjaya menjadi insan yang berguna buat masyarakat, negara dan AGAMA. Akan aku pastikan suatu hari nanti mak dan abah mengalirkan air mata gembira, bangga dengan kejayaanku.
                           

Begitu juga doaku buatmu sahabatku sekalian. Amiin, Together We'll Rise. =)
Jangan lupa mencari hikmah disebalik peluang yang engkau dapat dengan Yakin. =D



SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

 
Back to Top