'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Sunday, October 28, 2012

"sahaja aku" niatlah kerana Allah. :-)



 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
 Perbanyakkan istighfar dapat membantu kita selalu ingat pada yang Esa, tunduk padaNya serta malu membuat maksiat didepanNya.


Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, masih bernafas kita dibumi yang sama. Allah masih meberi ruang untuk kita terus mengumpul pahala, amal kebajikan agar laluan ke syurga nanti mudah. di dunia kita menanam, di akhirat nanti kita menuai. janji Allah itu pasti. yakinlah. :)

Mulakan hari anda dengan niat. niat kerana Allah SWT. tak kira apa jua yang anda lakukan, niat jangan ditinggalkan. sekiranya kebaikan yang kita lakukan tanpa niat, sia-sialah kebaikan yang kita lakukan. mulakan langkah pertamamu dengan niat yang baik. dan niat yang paling baik sekali ialah niat "kerana Allah Taala".

Jangan keluar dari rumah jika tiada niat melakukan kebaikan kerana Allah. - ustaz don daniyal-

bangun dari tidur, Alhamdulillah, niat dalam hati "akan aku lalui dan manfaatkan hari ini dengan melakukan amal kerana Allah"

nak pergi mandi niatkan dalam hati "Allah cintakan kerbersihan, maka aku membersihkan diriku hanya kerana Allah mencintai kebersihan."

mamakai pakaian niatkan, "aku memakai pakaian yang menutup aurat kerana Allah telah memerintahkan agar aku menutup aurat"

keluar dari rumah niat " semoga langkahku berserta kebaikan, moga amal kebaikan menghiasi hariku. aku berjalan dibumi Allah kerana Allah."

nak makan atau minum. "alhamdulillah, aku makan rezeki yang Allah beri, Allah tak suka pembaziran, maka aku tidak akan membazir"

nak berdakwah " dakwahku kerana Allah SWT"

nak belajar "Allah menyuruhku menuntut ilmu, maka aku menuntut ilmu kerana Allah"

berkawan kerana Allah "ukhuwah fillah"

berkasih sayang kerana Allah.

bercinta juga kerana Allah. cintai agamanya. cintai akhlaknya. cintai PENCIPTANYA.

senang cerita niatkan segalanya kerana Allah. tak perlu dilafazkan pun namun dihati telah menetapkan niat, Allah sudahpun menilai niatmu. hanya Allah yang berhak menilainya. sama juga dengan apabila kita hendak melakukan kebaikan, niatkan sahaja meskipun agak berat untuk kita tunaikan, contohnya seperti nak bersedekah, nak berdakwah, nak melakukan solat sunat, nak bangun qiam. sekalipun kita tak mampu melakukan apa yang kita niat namun pahala niat itu telahpun kita dapat. MasyaAllah, baiknya Allah, dengan niat sahaja pahala pun kita dapat. belum lagi kalau kita buat, berdozen-dozen pahala Allah beri. SubhanaAllah.

Innamal a'malul binniyat. niatmu hanya Allah yang mampu menilainya. niatlah apa sahaja, jika baik niatmu maka pahala yang mengiringi, jika tak baik niat mu, dosa belum dicatat sehingga niatmu terlaksana. SubhanaAllah, Allah itu sungguh pemurah.

Jangan sesekali kita menilai niat seseorang. kita tak layak! hanya Allah yang berhak. ikhlasnya seseorang juga kita tak mampu untuk tafsirkan. sandarkan segalanya kepada Allah. Allah itu Maha Adil. percayalah padaNya.

ukhuwah fillah ya ukhti. ana uhibbuki fillah. <3>

Allah, jika telah tiba waktu izrail datang menjemputku, aku mohon agar waktu itu niatku juga keranaMu, aku mohon agar waktu itu amalku mampu membantuku di akhirat kelak, aku mohon agar takwaku berada ditahap yang tinggi, aku mohon imanku tak goyah dek bisikan syaitan. aku mohon HUSNUL KHATIMAH. Allah..Allah..Allah.. T_T

Aamiin ya Rabbalalamin. Allhumma aamiin..

SubhanaAllah,Alhamdulillah,Laillahaillah,Allahuakbar.

niatlah kerana Allah wahai insani, nescaya kau takkan merasai putusnya harapan. kerana dengan adanya Allah disetiap niatmu, Allah bersama disetiap langkahmu. -Sabrina Ahmad-


picture not related entry. sekadar penyejuk mata. Allah, indah bukan jika cinta berlandaskan syariat Allah, disatukan juga dengan redha Allah. aku mohon cintaku juga high class nanti. aamiin.. :)


SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

2 comments:

  1. indah sungguh bait-bait yang anti lakarkan.. semoga kita sama-sama dapat mahabballah..insya allah.. ^^

    ReplyDelete

 
Back to Top