'sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah malampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.' sebarkanlah ilmu yang kamu ada selagi mana ianya tidak memberi kemudaratan kepada orang lain, :)

notes :

ayat-ayat dalam entry saya gunakan bahasa yang saya olahkan sendiri,tidak terlalu formal. maafkan jika sepanjang anda membaca blog ini membuatkan anda tidak selesa. maafkan juga atas penggunaan kau dan aku.

Tuesday, October 16, 2012

do we need hijrah ? Muslimah, awas auratmu.


 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
hari ini kita berubah nak jadi lebih baik. tapi ada je orang nak mengata. pedulikan kata orang. mengadu dengan Allah. Allah sentiasa ada di setiap langkah mu. :)


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, PMR is over. insyaAllah, doakan ana dapat result yang baik ye.
act. apa yang kita tahu tentang hijrah ? apa itu hijrah ? okay, dari segi bahasa hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat. secara mendalamnya, hijrah bermaksud kita berubah daripada keadaan yang lama (kurang baik) ke keadaan yang baru(lebih baik). yes. everybody need hijrah. tak semua orang memahami hijrah, kalau tidak kenapa masih ramai manusia berada di takuk yang lama ?, di kehidupan yang penuh kejahilan tanpa ada perubahan ke arah kebaikan sedikitpun dalam diri kita. ayuh berhijrah sahabat!
hijrah itu sukar, penuh kepahitan, melintasi arus sungai yang deras. melalui onak duri. namun itulah hijrah yang diredhai Allah. :')



Kita tak boleh nak berubah secara drastiknya. kalau boleh pun hijrah itu cuma sementara dan istiqamah tidak dapat dicapai. ya, hijrah itu mudah,istiqamah itu sukar.  maka, apa gunanya hijrah jika tidak dususuli dengan istiqamah ?  so, mulakan hijrah kita dengan langkah yang kecil.sebagai contoh berselawat kepada nabi SAW. tak perlu satu hari sampai 1000 kali kalau tak mampu, mulakan dengan 10 kali setiap pagi, hari-hari buat, insyaAllah lama-lama akan istiqamah. kerana memang sifat manusia itu, ringan senang dikerjakan.

Fokusnya, penulisan ini ingin menekankan tentang aurat wanita. berapa ramai wanita Islam hari ini yang menutup auratnya dengan sempurna ? Allah, sedih tengok wanita zaman sekarang, ramai yang hanyut dengan arus "budaya barat" pakaian yang mencolok mata seolah-olah tidak ada apa-apa. baju ketat dan sendat,tipis. ditayang begitu saja pada ajnabi. mana letaknya harga diri seorang wanita ? namun ana sedar, mengajak seseorang untuk berhijrah adalah sukar. kalau di tegur wanita2 yang tidak menutup aurat ada saja alasannya, adangkala kita yang dimarahinya. kita ambil pendekatan lain yang lebih mudah untuk mereka semua ikut.




 
1. Tudung labuh tak wajib, tutup aurat itu yang wajib
bila cakap soal tudung labuh, ramai wanita menegluh, kenapa ? panas ? kolot ? tak ikut fesyen langsung katanya. okay, kita ikut caranya. tak perlu bertudung labuh di awal hijrah, mulakan dengan memakai tudung menutupi dada. tudung bidang 45 kalau dipakai kena dengan caranya tak payah pin sana sini kalau pakai pun dah boleh tutup aurat. tak payah carik tudung bidang 55 atau 60. insyaAllah, bila dah lama-lama kita memakai tudung menutupi bawah dada, perasaan nak cuba pakai tudung bidang 55 atau 60 akan terbit dan disitulah kemanisan iman akan terasa. try it dear. :)
tudung labuh tak panas. malah selesa dan selamat buat si pemakainya. siapa kata tak ikut fesyen ? kami ikut saranan Allah dalam berpakaian. itu lebih hebat.

2. Jubah atau baju kurung hanyalah pilihan
masuk bab baju pula. tak payah la nak kata, bila pakai tudung labuh nak kena pakai jubah and baju kurung setiap hari. its a choice. bukan suatu yang wajib pun. nak pakai Alhamdulillah, itu pakaian yang sopan. tapi kalau tak nak pakai itu bukan masalah. janji pakaian yang dipakai menutu aurat menepati hukum syarak. seluar pun sama, jangan pkai jeans yang ketat, pkailah seluar slack yang lebih longgar dan selesa. nowadays, banyak jual baju muslimah macam2 fesyen lagi. yang penting pastikan apabila kita pakai baju tu tak menampakkan susuk tubuh, baju tak nipis atau jarang, jangan ketat, menutupi punggung. then, nak pakai baju apapun pakailah. sekali sekala try la pakai jubah or baju kurung, seriously best! :D
jubah mahal, tudung labuh mahal, niqab mahal, handsocks, stoking. macam2 nak kena beli. semuanya mahal. kerana si pemakainya juga mahal. ^_^

3. stoking and handsocks, maaf tiada toleransi. huhu. :)
aurat seorang wanita itu seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. (rukhsah bagi belakang tangan. sama juga rukhsah bagi bawah dagu) . jadi tak nampak kat mana seorang wanita boleh menayangkan kakinya pada ajnabi. pakailah stoking muslimah, tutuplah auratmu. kalau rasa janggal pakai stoking dengan sandals gunalah kasut full cover or sport shoes. pastikan juga stoking kita tak jarang atau terlalu nipis ye. sama juga dengan handsocks, kadangkala even kita pakai baju lengan panjang pun, masih juga nampak tangan apabila kita melakukan kerja.  so, play safe pakai handsocks ye, kut2 nak angkat tangan selamat sebab ada handsocks lindung tangan kita.

Susah ke nak tutup aurat ? mudah je kalau kita faham. berhijrahlah sedikit demi sedikit. kalau dulu pkai jeans ketat, apa kata hari ni tukar pakai seluar slacks yang longgar, dulu pakai tshirt pendek harini tukar pakai baju muslimah yang labuh sedikit, dulu pakai tudung atas dada, harini labuhkan sedikit menutupi menutupi dada.


 

Hijrah itu perlu selagi kita bernama hamba Allah, tujuan hidup ini hanyalah untuk menadi hamba Allah yang diredhaiNya. maka, ikutilah segala perintaNya. tak rugi. ganjaran yang menanti teramatlah manis.

Muslimin atau muslimat yang terlalu merindui syurga, akan terlupa indahnya dunia. -sabrina ahmad-


SYUKRAN AKHI WA UKHTI YANG SUDI MEMBACA. FORGIVE ME FOR THE WRONGNESS. =D

3 comments:

  1. bagusnya entri ni...nak share...

    ReplyDelete
  2. salam kak sabrina.
    nak mintak izin share sikit apa yg akak tulis :)

    ReplyDelete
  3. syukran ya ukhti di atas perkongsian...
    jahilnya diri ini, masih terlalu bnyk yg ingin diperbaiki.

    ReplyDelete

 
Back to Top